Separuh kemudahan Hospital Al Shifa dipindahkan

Agensi
November 20, 2023 18:46 MYT
Dr Ahmed El Mokhallalati memaklumkan tentera Israel memberitahu pegawai hospital mereka mempunyai masa kira-kira dua jam untuk mengosongkan hospital pada Sabtu.
GAZA: Seorang doktor di Hospital Al Shifa di bandar Gaza berkata sebahagian kemudahan telah dipindahkan berikutan pendudukan Israel di kawasan itu, selain berdepan masalah bekalan air yang terputus.
Dr Ahmed El Mokhallalati memaklumkan, tentera Israel memberitahu pegawai hospital bahawa mereka mempunyai masa kira-kira dua jam untuk mengosongkan hospital pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mokhallalati menambah, terdapat 282 pesakit masih berada di hospital termasuk beberapa doktor dan jururawat masih ditempatkan di sana.
Tambah beliau lagi, hospital berkenaan bukan tempat yang sesuai untuk manusia kerana dipenuhi dengan sampah dan sisa buangan.
Menurutnya, 29 bayi pramatang di kemudahan itu juga dipindahkan manakala 10 orang bayi dilaporkan telah meninggal dunia.
Jumlah itu berbeza dengan angka Kementerian Kesihatan Gaza, bahawa 31 bayi pramatang telah dipindahkan dari Al Shifa dalam operasi bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan akan diambil alih sempadan selatan Rafah ke Mesir.
Jumlah itu berbeza daripada apa yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, bahawa 31 bayi pramatang telah dipindahkan dari Al Shifa dalam operasi bersama PBB dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.
#bayi #Gaza #Israel #Dr Ahmed El Mokhallalati
;