Sepanyol lapor kes jangkitan tertinggi dalam tempoh tiga bulan

Agensi
Julai 31, 2020 22:39 MYT
Angka pada Khamis menunjukkan Sepanyol mencatatkan lebih dari 1,000 jangkitan untuk hari kedua berturut-turut.
Sepanyol melaporkan jumlah jangkitan kes positif COVID-19 yang tertinggi dalam hampir tiga bulan pada Khamis.
Menurut pihak berkuasa, 1,229 kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam, kenaikan terbesar sejak sekatan darurat ditarik semula pada 21 Jun.
Angka pada Khamis menunjukkan Sepanyol mencatatkan lebih dari 1,000 jangkitan untuk hari kedua berturut-turut.
Pegawai Kementerian Kesihatan Sepanyol memaklumkan, penularan virus dari komuniti telah melebihi jangkaan dalam beberapa hari terakhir.
Sekurang-kurangnya 282,641 kes COVID-19 dilaporkan di Sepanyol, dengan 28,441 kematian.
#COVID-19 #jangkitan #sepanyol
;