Sepanyol adakan pilihan raya tempatan pada Ahad

Bernama
Mei 27, 2023 23:05 MYT
Pengundi Sepanyol bersedia untuk keluar mengundi dalam pilihan raya pada Ahad untuk memilih datuk bandar dan pemimpin wilayah menjelang pilihan raya umum yang dijadualkan akhir tahun ini. - Foto REUTERS
OVIEDO: Pengundi Sepanyol bersedia untuk keluar mengundi dalam pilihan raya pada Ahad untuk memilih datuk bandar dan pemimpin wilayah menjelang pilihan raya umum yang dijadualkan akhir tahun ini, lapor Agensi Anadolu.
Pelbagai parti politik sedang giat berkempen di kawasan bandar dan 12 daripada 17 wilayah Sepanyol termasuk Valencia dan Madrid.
Pilihan raya tempatan kali ini dicemari kontroversi dan skandal yang bermula daripada kemunculan pengganas ETA sehingglah kepada dakwaan penipuan pengundi serta kes penculikan.
Di Basque Country, menyaksikan beberapa ahli ETA, yang sebelum ini dihukum kerana jenayah kekerasan termasuk pembunuhan, menarik balik pencalonan mereka di tengah-tengah kebangkitan pembangkang.
Sementara itu di kawasan Melilla Afrika Utara menyaksikan 10 tangkapan atas tuduhan cubaan menipu pengundi melalui surat undi masuk. Ahli politik yang dikaitkan dengan parti Coalicion por Melilla adalah antara yang ditahan.
Dakwaan penipuan pengundi turut berlaku di Mojacar, Almeria apabila dua ahli politik Parti Sosialis ditahan kerana dikatakan cuba membeli undi.
Datuk Bandar Maracena di Granada didakwa terlibat dalam skandal berprofil tinggi selepas terbabit dalam penculikan seorang ahli majlis bandaran.
Pengundia pada Ahad itu dilihat sebagai cerminan pilihan raya umum akan datang, dengan Perdana Menteri Pedro Sanchez bergelut dengan populariti yang semakin berkurangan dilihat sedang bekerja keras untuk mengekalkan kedudukannya.
-- BERNAMA
#sepanyol #pilihan raya tempatan #Datuk Bandar #pemimpin wilayah
;