Seoul dakwa Korea Utara mahu lancar peluru berpandu hujung minggu ini
Astro Awani
April 8, 2013 16:04 MYT
April 8, 2013 16:04 MYT
Seoul mendakwa seterunya di utara melakukan persiapan untuk melancarkan peluru berpandu balistik hujung minggu ini.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min Seok, pihaknya memantau dengan teliti perkembangan itu.
Atas faktor berkenaan, minggu lalu ia mengeluarkan amaran tiada jaminan keselamatan kepada diplomat asing di Korea Utara .
Ia kemudian disusuli dengan ancaman perang daripada negara komunis itu ke atas Korea Selatan dan Amerika Syarikat, ekoran latihan ketenteraan kedua buah negara dan sokongan terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke arah negaranya.
Tindakan berkenaan dibuat selepas Korea Utara melakukan ujian nuklearnya pada 12 Februari lalu.
Ekoran ancaman perang, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon dilapor meningkatkan pertahanan peluru berpandu di selatan dan mengambil beberapa tindakan lain bagi menghadapi kemungkinan itu.