Seorang warga China maut, 12 lagi cedera bas terbalik di Iceland

Agensi
Disember 27, 2017 05:03 MYT
Keadaan bas yang terbalik di bahu jalan selepas bertembung dengan sebuah kenderaan. - Twitter/ Darth Shwa
Seorang maut manakala 12 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelancong dari China di Reykjavik, Iceland.
Dalam kejadian pada Rabu, bas terbabit dikatakan telah bertembung dengan sebuah sebuah kereta sebelum tergelincir dan terbalik ke bahu jalan di Kilometer 250, timur Reykjavik.
Laporan awal polis menyebut bas terbabit telah mengelak sebuah kereta yang cuba berhenti di sebuah kawasan rehat.
Mangsa yang maut dipercayai tercampak keluar manakala dua mangsa yang cedera terperangkap di bawah bas.
Tiga helikopter digunakan bagi membawa kesemua mangsa ke hospital berhampiran.
33 lagi penumpang yang mengalami kecederaan ringan ditempatkan di sebuah khemah kecemasan sementara di perkampungan berdekatan Kirkjubaejarklaustur.
Pemandu dan penumpang kereta yang juga pelancong dari Lithuania bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
#bas #China #Hospital #Iceland #kemalangan #maut #pelancong #polis
;