Seorang terbunuh, dua cedera dalam serangan mortar di Donetsk

Astro Awani
Ogos 7, 2014 20:38 MYT
Seorang terbunuh, dua cedera dalam serangan mortar di Donetsk. - Filepic
Seorang terbunuh dan dua cedera dalam serangan ke atas sebuah hospital di timur Donetsk, Ukraine.
Hospital tersebut terletak di kawasan kubu kuat puak pemberontak.
“Kami diserang oleh bom mortar di hospital pertama di Donetsk. Seorang terkorban dan dua cedera,” menurut pegawai perubatan hospital.
Serangan mortar berlaku di berdekatan pangkalan puak pemberontak di bangunan agensi keselamatan Ukraine SBU di tengah-tengah bandar.
Pihak kerajaan Ukraine berkata mereka sudah bersiap sedia untuk mengambil semula kawasan perlombongan yang kini di bawah kuasa puak pemberontak.
Majlis perbandararan turut memberi amaran kepada penduduk untuk mencari perlindungan di tempat yang selamat.
Jurucakap tentera Ukraine menyatakan operasi akan dijalankan di sekitar Donetsk and Lugansk, bandar kedua terbesar di timur Ukraine.
Tambahnya, tujuh tentera terkorban dan 19 cedera dalam pertempuran selama 24 jam.
Manakala, tiga orang awam terkorban dan lima cedera di Budyonivsky, selatan Donetsk, menurut jurucakap majlis perbandaran.
Donetsk dilanda serangan udara buat kali pertama pada Rabu dan ia dikhuatiri akan menjadi kawasan pertempuran seterusnya antara kerajaan Ukraine dan pemberontak.
Setakat ini, 1300 orang telah terbunuh dalam pertempuran itu. Lebih 285,000 penduduk terpaksa melarikan diri, menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
#Donetsk
;