Seorang terbunuh, 80 cedera letupan di gudang piroteknik

Bernama
Ogos 11, 2023 11:30 MYT
Anggota kecemasan melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di loji Sergiev Posad. - Foto REUTERS
MOSCOW: Bilangan yang cerdera dalam letupan di sebuah loji di Sergiev Posad di Moscow pada Rabu, meningkat kepada 80 orang, termasuk 15 yang dirawat di hospital, menurut Kementerian Kesihatan Rusia pada Khamis.
"Menurut data, 80 orang cedera, seorang meninggal dunia dalam letupan di loji Sergiev Posad," lapor Xinhua memetik kenyataan kementerian itu.
Letupan berlaku kira-kira 10.40 pagi waktu tempatan pada Rabu (0740 GMT) di gudang piroteknik yang disewa oleh sebuah syarikat swasta di kawasan loji mekanikal optik, menurut Gabenor wilayah Andrei Vorobiev Moscow di Telegram.
Media tempatan memetik kenyataan timbalan negeri Duma letupan itu berkemungkinan berpunca daripada "pelanggaran proses teknologi".
-- BERNAMA
#letupan #loji #cedera #pelanggaran proses teknologi
;