Seorang terbunuh, 4 cedera dalam insiden tembakan di Colorado

Bernama
November 2, 2022 11:00 MYT
Lima mangsa telah ditemui di mana empat daripadanya dihantar ke hospital, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia. -Foto denverite.com
LOS ANGELES: Seorang maut dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan pada petang Selasa di Denver, ibu kota negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.
Jabatan Polis Denver dalam ciapan terkininya di Twitter menyebut lima mangsa telah ditemui dan menambah kata empat daripada mangsa dihantar ke hospital manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia.
Pegawai berkenaan turut berkongsi foto kenderaan berwarna gelap yang "dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian tembakan ini," sambil menggesa sesiapa yang melihatnya atau mengenali orang yang dikaitkan dengan kenderaan itu supaya menghubungi polis.
Dalam ciapannya sebelum ini jabatan itu berkata terdapat enam mangsa dalam tembakan di blok 1400 Verbena Street itu.
-- BERNAMA
#tembakan #Jabatan Polis Denver #blok 1400 Verbena Street #satu maut empat cedera
;