Seorang terbunuh, 24 cedera insiden tembakan di Arkansas
Bernama
Mac 21, 2022 11:43 MYT
Mac 21, 2022 11:43 MYT
Keadaan di lokasi di mana kejadian tembakan berlaku melibatkan lebih 20 cedera dan seorang terbunuh di Dumas, Arkansas, 20 Mac 2022. (Foto AP)
HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 24 lagi cedera dalam kejadian tembakan di Dumas City selatan Arkansas pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
"Seorang suspek berjaya ditahan dan pihak polis masih memburu saki baki penjenayah yang terlibat," lapor Xinhua, memetik kenyataan pihak polis Arkansas.
Beberapa orang kanak-kanak turut menjadi mangsa dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.
-- BERNAMA