Seorang tebusan terbunuh selepas lelaki bersenjata 'tawan' pasar raya Perancis

Agensi
Mac 23, 2018 21:26 MYT
Polis mengepung pasar raya Super-U di bandar raya Trebes di Perancis di mana seorang lelaki mengambil lapan orang sebagai tebusan pada 23 Mac 2018. - LA VIE A TREBES melalui REUTERS
Sekurang-kurangnya seorang dilapor terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata 'menawan' lapan pengunjung di sebuah pasar raya di Trebes, Perancis pada Jumaat.
Datuk Bandar Trebes, Eric Menassi memberitahu media tempatan suspek merupakan 'individu yang setia' kepada kumpulan militan Daish.
Kata Menassi, seorang lagi pengunjung pasar raya cedera dan keadaannya masih tidak diketahui.
Suspek kini dilaporkan bersendirian dengan seorang pegawai polis di dalam pasar raya terbabit manakala kesemua tebusan lain telah dibebaskan.
"Siasatan awal menunjukkan kejadian ada kaitan dengan kegiatan pengganas," kata Perdana Menteri Edouard Philippe.
Sebelum ini, sumber polis berkata lapan orang dijadikan tebusan dan suspek melepas tembakan terhadap seorang pegawai polis.
Sementara itu, gambar Reuters menunjukkan polis memakai topi keledar dan perisai badan dalam kedudukan di sekitar pasar raya Super-U.
Pejabat pendakwa raya Paris dilapor berkata pihak pendakwa unit tindakan khas dan anti-keganasan sedang menyiasat insiden itu.
#Eric Menassi #menawan #Perancis #super-u #tebusan #Terbunuh
;