Seorang maut, tujuh cedera dalam kejadian tikaman rambang di Birmingham

Agensi
September 6, 2020 23:46 MYT
Setakat ini pihak polis percaya beberapa siri tikaman itu dilakukan oleh seorang suspek yang dilakukan secara rambang. Foto: Reuters
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam beberapa siri insiden tikaman di Birmingham, United Kingdom.
Menurut pihak berkuasa West Midlands, polis menerima satu laporan kes tikaman di kawasan bandar itu selepas tengah malam Ahad.
Tidak lama selepas itu, beberapa kes tikaman turut dilaporkan di kawasan berkenaan.
Setakat ini pihak polis percaya beberapa siri tikaman itu dilakukan oleh seorang suspek yang dilakukan secara rambang.
Malah, motif di sebalik kes tikaman itu masih belum diketahui dan polis kini sedang memburu suspek kes berkenaan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya serangan tersebut tidak bermotifkan kebencian.
Kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.
#mangsa #maut #polis #serangan rambang #suspek #tikaman #United Kingdom
;