Seorang maut, tiga cedera dipanah petir
Astro Awani
Mac 20, 2021 12:00 MYT
Mac 20, 2021 12:00 MYT
VATIKA: Seorang pekebun maut manakala tiga lagi cedera selepas mereka dipanah petir ketika berlindung di bawah sebatang pokok semasa ribut melanda Vatika, India minggu lalu.
Insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kesemua mangsa pengsan sejurus kejadian, lapor Hindustan Times.
Mangsa dikejarkan ke hospital di Manesar.
Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Ramprasad, 38, meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Saya tidak ingat apa dan bagaimana ia berlaku. Segalanya berlaku dalam beberapa saat sahaja.
"Kami baru sahaja habis kerja apabila hujan mula turun dan sangkakan ia akan berhenti tidak lama lagi.
"Selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku," kata salah seorang mangsa, Shiv Dutt, 43, pada Hindustan Times.