Seorang maut terjun dari tingkat 19 dalam kebakaran pangsapuri

Astro Awani
Oktober 22, 2021 05:27 MYT
16 jentera dikerah bagi mengawal kebakaran di pangsapuri 61 tingkat itu. - Foto AP
MUMBAI: Kebakaran yang berlaku di sebuah pangsapuri mewah di Mumbai, India memaksa seorang individu terjun dari tingkat 19 bangunan berkenaan dalam usaha menyelamatkan dirinya.
Tindakan itu bagaimanapun membawa nasib malang buatnya apabila ditemui maut di tingkat bawah bangunan.
Dalam kejadian yang berlaku di barat India itu, 15 individu berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.
16 jentera dikerah bagi mengawal kebakaran di pangsapuri 61 tingkat itu.
Dalam rakaman visual yang dikongsikan, asap tebal dan api marak dilihat menyelubungi satu tingkat di pangsapuri mewah berkenaan.
Menurut pemilik pangsapuri itu, Kailash Aggarwal, terdapat lebih 400 unit kediaman di bangunan berkenaan dan kesemua penghuni telah dikenal pasti.
Punca kejadian masih belum dipastikan.
#kebakaran #terjun #bomba #pangsapuri
;