Seorang maut selepas ribut landa Alabama, AS

Astro Awani
Mac 17, 2025 09:30 MYT
Penduduk ketika mencari barangan peribadi yang masih boleh digunakan dalam rumah yang musnah selepas puting beliung melanda Alabama, AS pada Ahad. - Foto AP
ALABAMA: Seorang penduduk berusia 83 tahun maut selepas ribut kencang melanda selatan Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Ribut tersebut turut menyebabkan kemusnahan besar di sebuah sekolah menengah di Alabama.
Rakaman dari lokasi menunjukkan sebuah bas sekolah remuk di sisi bangunan sekolah yang musnah akibat ribut berkenaan.
Sementara itu, di Paulding County, Georgia, puting beliung menyebabkan kerosakan kepada beberapa rumah dan premis perniagaan.
Sherif Paulding County memaklumkan tiada kecederaan serius atau kematian dilaporkan di kawasan tersebut.
Dalam satu hantaran di Facebook, Pejabat Sherif menyatakan sekurang-kurangnya 15 rumah mengalami kerosakan teruk akibat dihempap pokok.
Antara lain, lebih 30,000 kediaman terputus bekalan elektrik dan beberapa premis perniagaan turut terjejas.
#ribut #puting beliung #angka korban #dihempap pokok
;