Seorang maut, puluhan dipindahkan selepas letupan kimia di Australia

Bernama
Oktober 12, 2023 06:14 MYT
Lelaki berusia 44 tahun ditemui mati di dalam bangunan itu sebaik sahaja anggota bomba berjaya mengawal kebakaran. - Gambar hiasan
SYDNEY: Seorang maut manakala 30 lagi dipindahkan selepas letupan kimia berlaku di sebuah kilang di negeri Victoria, Australia pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Polis Victoria, perkhidmatan kecemasan telah dikerah ke sebuah bangunan perindustrian di Swann Drive di Derrimut, di barat Melbourne pada 9.45 pagi waktu tempatan selepas menerima laporan mengenai letupan.
Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui mati di dalam bangunan itu sebaik sahaja anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.
Tiada mangsa lain yang cedera, menurut polis tempatan.
-- BERNAMA
#letupan kimia #Victoria #Australia #letupan