Seorang maut, lebih 70 masih hilang tanah runtuh di lombong jed

Astro Awani
Disember 22, 2021 07:26 MYT
Anggota keselamatan menjalankan operasi pencarian di sebuah lombong jed di Hpakant, Kachin, Myanmar, 22 Dis 2021. (Foto AP)
SEORANG maut manakala sekurang-kurangnya 70 individu hilang susulan kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed di utara Myanmar pada Rabu.
Kejadian berlaku pada jam 4 pagi di Hpakant, dalam negeri Kachin, berdekatan sempadan China, di mana berbilion dolar jed dipercayai digali setiap tahun dari lereng bukit.
Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan anggaran antara 70 dan 100 orang hilang selepas tanah runtuh mengakibatkan mangsa tertimbus di dalam lombong.
Pada masa sama, 25 lagi mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
Kira-kira 200 anggota penyelamat dikerah bagi mencari mangsa dengan menggunakan bot.
Tahun lalu, hujan lebat turut mencetuskan kejadian tanah runtuh di Hpakant yang mengakibatkan hampir 300 pelombong tertimbus.
#tanah runtuh #lombong jed #hilang #Myanmar
;