Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin

Agensi
Mei 18, 2024 08:30 MYT
Kementerian kesihatan Palestin memaklumkan lapan orang yang cedera berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital. - Gambar Reuters
GAZA: Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin yang mana sayap bersenjata kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) menamakan lelaki yang terbunuh itu sebagai anggota Islam Khamayseh.
Dalam pada itu, Kementerian kesihatan Palestin memaklumkan lapan orang yang cedera berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital.
Namun begitu, Reuters tidak dapat mengesahkan identiti mereka setakat ini.
Dalam pada itu, tentera Israel memaklumkan serangan jet pejuang dan helikopter itu jarang berlaku di Tebing Barat, di mana keganasan dilaporkan meningkat di kawasan itu.
Israel berkata, ia menyerang kawasan yang digunakan sebagai pusat operasi pejuang Hamas dan mengesahkan pembunuhan Khamayseh, yang dikatakan bertanggungjawab atas beberapa serangan terhadap Israel.
Tambah tentera Israel, serangan itu didakwa dijalankan untuk menghapuskan ancaman tanpa mendedahkan butiran terperinci mengenai ancaman itu.
#jihad #Israel #Palestin #kem pelarian Jenin
;