Seorang maut, lapan cedera dalam serangan tembakan di Washington DC

Agensi
Julai 20, 2020 21:26 MYT
Polis memaklumkan, dua daripada penembak itu bersenjatakan senapang dan seorang lagi menggunakan pistol. -CNN
Seorang lelaki terbunuh sementara lapan yang lain cedera dalam kejadian tembakan pada petang Ahad di jalan yang sibuk di barat laut Washington DC.
Menurut pihak berkuasa, tiga lelaki melepaskan tembakan ke atas sekumpulan orang yang sedang berdiri di jalan di kawasan Columbia Heights tepat sebelum jam 5 petang waktu tempatan.
Penyiasat percaya serangan tembakan itu mempunyai sasaran.
Polis juga memaklumkan, dua daripada penembak itu bersenjatakan senapang dan seorang lagi menggunakan pistol.
Siasat sedang dijalankan bagi mencari motif serangan.
Mangsa melibatkan semua orang dewasa, termasuk lapan lelaki dan seorang wanita.
Dua daripada mangsa masih kritikal dan enam yang lain mengalami kecederaan ringan.
#Amerika Syarikat #polis #sasaran #senjata #senjata api #serangan #siasatan #tembakan #tepi jalan #Washington
;