Seorang maut kereta api bertembung di Munich

Astro Awani
Februari 15, 2022 09:10 MYT
Sekurang-kurangnya 14 cedera susulan pertembungan antara dua kereta api di stesen Ebenhausen-Schaeftlarn, selatan Munich, 14 Feb 2022. (Foto AP)
SEORANG maut dan beberapa lagi cedera dalam insiden dua kereta api bertembung dekat Munich, pada Isnin.
Menurut polis Jerman, kejadian berlaku sebelum jam 5 petang waktu tempatan, di stesen Ebenhausen-Schaeftlarn yang terletak kira-kira 10 kilometer di selatan ibu negeri Bavaria itu.
Jurucakap polis Andreas Franken mengesahkan kematian dan berkata, sekurang-kurangnya 14 orang cedera susulan pertembungan itu.
Pihak berkuasa berkata punca nahas masih disiasat.
#Munich #kereta api bertembung
;