Seorang maut insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver
Astro Awani
Mei 10, 2021 09:30 MYT
Mei 10, 2021 09:30 MYT
VANCOUVER: Sekurang kurangnya seorang maut dalam kejadian tembakan di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver (YVR), lapor Vancouver Sun pada Ahad.
Polis ketika ini sedang memburu beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian di Richmond, British Columbia itu, menurut portal berita CBC News.
Sementara itu pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver dalam muat naik di akaun Twitter rasminya berkata, ia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Kanada dalam kejadian tersebut.
Tambahnya situasi ketika ini adalah terkawal.
"Kami mengesahkan situasi ketika ini di YVR adalah terkawal. Lapangan terbang dibuka semula dan selamat. Semua penerbangan beroperasi seperti biasa," kata ciapan tersebut.