Seorang maut, empat cedera parah tembakan rambang di gereja

Astro Awani
Mei 16, 2022 08:00 MYT
Pihak berkuasa California masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif insiden tersebut. - Foto AP
LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala empat lagi parah dalam insiden tembakan rambang di sebuah gereja di Selatan California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Memetik laporan portal antarabangsa, suspek berjaya ditahan pihak berkuasa.
Insiden tembakan yang berlaku di Gereja Geneva Presbyterian di Laguna Woods. sebuah bandar yang menempat 16,000 penduduk, merangkumi komuniti yang sudah bersara berusia 55 tahun ke atas.
Kesemua mangsa difahamkan orang dewasa dan mangsa cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
Menurut Jabatan Polis Orange County, seorang mangsa maut di tempat kejadian.
Bagaimanapun, pihak berkuasa California masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif insiden tersebut.
Ini merupakan insiden tembakan kedua hujung minggu lalu di Amerika Syarikat.
BACA: 10 maut tembakan rambang di pasar raya, suspek ditahan
Ia selepas insiden seumpamanya yang berlaku di Buffalo, New York pada Sabtu turut membunuh 10 mangsa dan mencederakan tiga mangsa yang lain.
Insiden tersebut disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai serangan perkauman.
#tembakan rambang #gereja #cedera #maut
;