SAN DIEGO: Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di San Diego, Amerika Syarikat, kata polis pada Jumaat.

Suspek berusia 32 tahun berjaya ditahan polis dan dikejarkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami.

Menurut pegawai polis Lt Andra Brown, suspek bergelut dengan orang ramai di tempat kejadian sebelum ditahan polis.

Tambahnya sebelum insiden berkenaan, suspek dilaporkan berkelakuan ganas terhadap orang ramai di Gaslamp Quarter, kawasan yang dipenuhi kelab malam.

Pada kira-kira jam 10.30 malam, suspek dilihat bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan parkir sebuah hotel sebelum menembak lelaki berkenaan, kata polis.

Suspek kemudian menuju ke sekumpulan lelaki lain di kawasan berdekatan sebelum melepaskan beberapa tembakan menyebabkan empat individu tercedera.

Orang ramai terus bergelut dengan suspek sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Kesemua mangsa cedera kini dirawat di hospital berdekatan.