Seorang maut, dua cedera dalam dua letupan taman di Jepun

AFP
Oktober 23, 2016 14:11 MYT
Stesen televisyen tempatan, NHK melaporkan pihak penyelamat telah menjumpai mayat mangsa di sebuah tempat letak basikal berdekatan tempat kejadian. - Gambar Astro AWANI
Sekurang-kurangnya, seorang terbunuh manakala dua cedera selepas dua letupan di sebuah taman di Jepun, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Letupan berlaku di sebuah taman di Utsunomiya, yang terletak kira-kira 100 kilometer (60 batu) di utara Tokyo pada kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Ahad, lapor AFP memetik seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Namun punca kejadian tidak dapat dikenal pasti.
"Seorang mangsa dijumpai mati," kata jurucakap tersebut.
Stesen televisyen NHK melaporkan pihak penyelamat telah menjumpai mayat mangsa di sebuah tempat letak basikal di kawasan taman tersebut.
"Jantina dan usia kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti," menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Beliau turut berkata, satu letupan terkena sebuah kereta di tempat parkir taman tersebut.
Visual NHK memaparkan kereta tersebut hangus selepas letupan berlaku.
Bau serbuk letupan dapat dikesan di kawasan kejadian, menurut seorang saksi.
#letupan #NHK #taman #utsunomiya
;