Seorang maut dalam serangan bersenjata ke atas gereja di Istanbul

Bernama
Januari 28, 2024 23:09 MYT
Pasukan polis berkawal di pekarangan Gereja Santa Maria di Istanbul selepas insiden serangan bersenjata. - AP
MOSCOW: Serangan bersenjata ke atas sebuah gereja Katolik di utara Istanbul semasa upacara keagamaan menyebabkan seorang maut, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya pada Ahad, lapor Sputnik.
"Hari ini pada 11.40 pagi [08:40 GMT], akibat serangan bersenjata di Gereja Katolik St. Mary di daerah Sariyer di Istanbul, seorang individu dikenali sebagai D.T. terbunuh," kata menteri itu di X.
Yerlikaya berkata dua penyerang bertopeng dipercayai mengambil bahagian dalam upacara keagamaan itu. Menurut beliau siasatan menyeluruh dan usaha mengesan suspek telah dilancarkan.
Menurut stesen penyiar CNN Turk, penyerang menggunakan senjata automatik dalam serangan itu.
--BERNAMA-SPUTNIK
#serangan #gereja #Istanbul #tembak maut
;