Seorang maut dalam insiden tikaman di Itali, Pablo Mari antara mangsa

Astro Awani
Oktober 27, 2022 06:45 MYT
Pandangan dalam pasar raya di mana beberapa insiden tikaman berlaku di Milan. - Foto REUTERS
MILAN: Seorang maut manakal empat lagi termasuk pemain bola sepak Sepanyol, Pablo Mari, cedera parah dalam insiden serangan tikaman di pinggir bandar Milan, Itali pada Khamis.
Menurut pihak polis Itali, penyerang yang disyaki melakukan serangan itu telah ditangkap.
“Seorang lelaki yang mengalami masalah mental telah bertindak menikam orang awam. Seorang maut dan empat lagi cedera parah,” kata jurucakap polis.
Mari, yang merupakan pemain tengah Arsenal yang kini dipinjamkan ke AC Monza, tidak mengalami kecederaan serius dalam serangan itu, kata pengendali kelab itu dalam satu kenyataan.
“Kami semua terkejut mendengar berita mengerikan tentang insiden tikaman di Itali, yang telah menyebabkan beberapa orang terlantar di hospital termasuk pemain tengah kami yang dipinjamkan (ke AC Monza), Pablo Mari,” kata Arsenal.
“Kami telah berhubung dengan ejen Pablo yang memberitahu kami dia berada di hospital dan tidak mengalami kecederaan serius.
“Doa kami mengiringi Pablo serta mangsa lain dalam insiden yang mengerikan ini," memetik kenyataan itu.
#Pablo Mari #tikaman #masalah mental #AC Monza
;