Seorang maut, 94 cedera akibat salji lebat di Korea Selatan

Astro Awani
Mac 2, 2021 07:41 MYT
Sebanyak 20 sentimeter salji dicatat telah turun di kawasan pedalaman. - Foto Watchers News
SEKURANG-KURANGYA seorang terkorban manakala 94 lagi cedera selepas salji lebat melanda kawasan timur laut Korea Selatan, pihak berkuasa melaporkan pada Selasa.
Ratusan kenderaan terkandas di beberapa lebuh raya utama sepanjang pantai barat negara itu, manakala lebih 460 kemalangan dilaporkan.
Salji mula turun pada Isnin pagi dan berterusan sehingga Selasa. Sebanyak 20 sentimeter salji dicatat telah turun di kawasan pedalaman manakala 77.6 sentimeter dicatat di kawasan pergunungan.
Keadaan salji turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan, di mana ratusan kereta terkandas di jalan sepanjang 2 kilometer antara Sokcho dan Yang yang pada Isnin malam.
Lebih 460 kemalangan dilaporkan menyebabkan 94 orang cedera manakala seorang maut. Mangsa dilaporkan dilanggar sebuah kereta ketika di dalam terowong yang menghubungkan Seoul dan Yangyang. Semua perkhidmatan awam termasuk tren, feri dan pesawat dibatalkan akibat salji berkenaan.
Pihak berkuasa telah mengerahkan lebih 3,000 pekerja dan hampir 2,900 jentera bagi membersihkan salji di jalan raya. Di Gangwon sahaja, lebih 1,200 pekerja telah dikerah bagi membersihkan salji di jalan.

Heavy #snow hits #Gangwon Province / Photos were taken today by Yonhap pic.twitter.com/Zwe7lSYVcM

— The Korea Times (@koreatimescokr) March 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mountainous regions in #Gangwon Province received more than 50 centimeters of #snow today. Photo credit: Yonhap pic.twitter.com/sSiWVsPzKr

— The Korea Times (@koreatimescokr) March 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#maut #kemalangan #salji lebat #Korea Selatan
;