Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Bernama
Disember 18, 2024 14:16 MYT
Disember 18, 2024 14:16 MYT
WASHINGTON: Seorang maut dan sembilan lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di Baltimore County, negeri Maryland, Amerika Syarikat (AS), menurut polis pada Selasa malam, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Seorang maut dan sembilan cedera dalam tembakan rambang di Baltimore County, Maryland. Insiden berlaku di blok 8500 Loch Raven Boulevard pada Selasa petang.
- Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.
- Polis mengesahkan tiada ancaman berterusan terhadap orang awam dan menyatakan tembakan itu disengajakan dan disasarkan. Siasatan masih dijalankan.
"Polis Baltimore County sedang menyiasat insiden tembakan yang berlaku di blok 8500 Loch Raven Boulevard pada petang ini. Beberapa orang telah dihantar ke hospital berhampiran. Ini masih dalam siasatan berterusan," kata Jabatan Polis Baltimore County di platform X.
Pegawai berkata tembakan rambang itu berlaku di sebuah rumah pengebumian, dan pegawai polis pertama yang tiba di lokasi kejadian menemukan sebuah kereta yang terbalik dan terbakar.
Menurut pihak berkuasa, tiada ancaman berterusan terhadap orang awam dan mengesahkan bahawa tembakan itu adalah "disengajakan dan disasarkan".
-- BERNAMA