Seorang maut, 500,000 terjejas banjir di Assam India

Bernama
Jun 23, 2023 21:30 MYT
Banjir terus menjejaskan 22 daerah di negeri ini susulan hujan yang tidak berhenti sejak beberapa hari lepas menyebabkan sungai melimpah yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh. - Gambar AP
NEW DELHI: Seorang terbunuh dan hampir setengah juta orang masih terjejas akibat banjir yang berterusan di negeri Assam di timur laut India, kata pegawai pada Khamis, lapor Xinhua.
Banjir terus menjejaskan 22 daerah di negeri ini susulan hujan yang tidak berhenti sejak beberapa hari lepas menyebabkan sungai melimpah yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Hujan lebat membanjiri kampung, pekan dan tanah pertanian, memaksa orang ramai berlindung di pusat perlindungan atau tinggal bersama saudara-mara.
Pegawai berkata kematian dilaporkan di kawasan Tamulpur di daerah Baksa, kira-kira 81 km ke utara Dispur, ibu kota Assam.
-- BERNAMA
#banjir #tanah pertanian #pusat perlindungan #kampung
;