Seorang maut, 30 cedera selepas kereta api penumpang tergelincir di Belanda
Bernama
April 4, 2023 18:55 MYT
April 4, 2023 18:55 MYT
THE HAGUE: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 30 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir dari landasan selepas melanggar kren pembinaan di Voorschoten, di wilayah barat Belanda pada Selasa.
Menurut lembaga keselamatan serantau, insiden berlaku sekitar 3.25 pagi waktu tempatan (0225 GMT), lapor Xinhua.
Kereta api itu membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang dan dalam perjalanan dari Leiden ke The Hague di Holland Selatan.
Mereka yang cedera dirawat di lokasi dan beberapa mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dibawa ke hospital.
-- BERNAMA