Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl

Astro Awani
Februari 14, 2024 07:10 MYT
Rakaman video yang dikongsi orang ramai di platform media sosial menunjukkan puluhan anggota polis dikerah di tempat kejadian. - Foto AP
KANSAS CITY: Seorang individu dilaporkan maut manakalan 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan semasa perarakan bagi meraikan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Menurut Polis Kansas City, ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.
Setakat ini dua individu bersenjata telah ditahan.
Ketua Jabatan Bomba Kansas City, Michael Hopkins memaklumkan, seorang individu maut manakala tiga individu dalam keadaan kritikal, lima cedera parah dan seorang lagi mangsa cedera ringan.
Lima lagi mangsa telah dirawat akibat kecederaan yang dialaminya namun tidak dapat dipastikan jika mereka terkena tembakan.
Rakaman video yang dikongsi orang ramai di platform media sosial menunjukkan puluhan anggota polis dikerah di tempat kejadian.
Perarakan berkenaan diadakan bagi meraikan kemenangan Kansas City Chiefs dalam Kejohanan Super Bowl pada Ahad.
#Super Bowl #tembakan #cedera #Union Station
;