Seorang maut, 10 remaja cedera kejadian tembakan di pejabat

Astro Awani
Jun 18, 2023 07:00 MYT
Kesemua mangsa, lima lelaki dan enam wanita, berusia antara 15 hingga 19 tahun. - Gambar hiasan
ST LOUIS: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam satu kejadian tembakan dii St Louis, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Menurut Ketua Polis St Louis, Robert Tracy, kejadian berlaku di tingkat lima bangunan pejabat ketika satu pesta diadakan.
Kesemua mangsa, lima lelaki dan enam wanita, berusia antara 15 hingga 19 tahun.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Makao Moore, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera parah akibat dipijak ketika cuba melarikan diri semasa tembakan berlaku.
Tracy berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang.
Polis berjaya menahan suspek berusia 17 tahun dan merampas beberapa senjata pelbagai jenis di tempat kejadian, termasuk senapang AR dan pistol.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
#tembakan #remaja #suspek #bangunan pejabat
;