Seorang mangsa ditemui hidup dalam bangunan runtuh susulan gempa bumi

Astro Awani
November 29, 2019 00:58 MYT
Mangsa gempa bumi tinggal sementara di dalam khemah di Durres, selepas gempa bumi menggegarkan Albania, 28 Nov, 2019. REUTERS
SEORANG lelaki ditemui masih hidup walaupun selepas tertimbus dalam runtuhan susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan Albania pada Selasa.
Penemuan tersebut ketika operasi mencari dan menyelamat pasukan bomba diteruskan.
Setakat ini, angka kematian dilaporkan meningkat kepada sekurang-kurangnya 46 mangsa, manakala lebih 2,000 yang lain dilaporkan cedera.
Usaha menyelamat bertambah sukar selepas Albania digegarkan dengan gempa susulan berukuran 5.3 magnitud pada petang Rabu.
BACA: Gempa bumi kuat 6.3 skala richter landa Albania
BACA: 14 maut akibat gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Albania
Pasukan penyelamat turut menggunakan bantuan anjing pengesan dan bantuan dari negara Eropah untuk mencari mangsa yang masih tertimbus.
Operasi menyelamat masih diteruskan di daerah Durres, manakala operasi menyelamat di Thumane dihentikan selepas tiada mangsa lagi yang ditemui dalam runtuhan bangunan.
BACA: Dua gempa gegar Albania
VIDEO: Gempa bumi landa Albania, lima cedera
#Albania #bomba #gempa bumi #mangsa #operasi