Seorang lelaki telan 2kg batu, penutup botol dan syiling

Astro Awani
Februari 25, 2019 05:34 MYT
Ketika pemeriksaan dijalankan, wujudnya ketulan-ketulan keras dalam perut pesakit apabila diperiksa oleh doktor. - Gambar hiasan
Seorang lelaki yang berusia 54 tahun telah dikejarkan ke sebuah hospital kerana sakit perut yang melampau, minggu lalu.
Menurut laporan daripada portal Dailymail.co.uk ketika pemeriksaan dijalankan, wujudnya ketulan-ketulan keras dalam perut pesakit apabila diperiksa oleh doktor.
Hasil imbasan x-ray mendapati perut pesakit telah dipenuhi dengan objek aneh sehingga tiada ruang kosong di dalamnya. Setelah disoal oleh doktor, akhirnya pesakit mengaku bahawa dia telah menelan objek keras setiap kali dia berasa cemas.
Sejurus itu, doktor dengan segera melakukan pembedahan bagi mengeluarkan objek tersebut. Sejumlah dua kilogram batu, penutup botol dan syiling berjaya dikeluarkan daripada perut pesakit.
Kejadian ini berlaku kerana pesakit dipercayai mengalami kecacatan pada intelektualnya sejak lahir.
#Batu #penutup botol #syiling #telan
;