Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza
Bernama
November 19, 2023 12:19 MYT
November 19, 2023 12:19 MYT
BANDARAYA GAZA: Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).
Wartawan itu dikenal pasti sebagai Sari Mansour dari kem pelarian Bureij di tengah Gaza, lapor Agensi Anadolu.
PJS berkata dalam kejadian yang berlaku pada awal Sabtu itu, wartawan dan penganalisis politik Mustafa al-Sawwaf turut terbunuh bersama beberapa ahli keluarganya.
Sementara itu, dua anak lelaki al-Sawwaf, seorang jurufoto kontrak Anadolu dan pembuat filem turut cedera parah.
PJS berkata angka kematian membabitkan wartawan Palestin sejak 7 Okt telah melonjak kepada 79 orang manakala 29 wartawan lagi ditahan.
-- BERNAMA