Seorang kanak-kanak maut, 7 cedera dalam insiden tembakan di Chicago
Bernama
September 7, 2021 12:47 MYT
September 7, 2021 12:47 MYT
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak dan remaja cedera akibat ditembak termasuk satu kematian, dalam beberapa kejadian tembakan di bandar Chicago, Amerika Syarikat hujung minggu lalu.
Kanak-kanak yang maut itu dikenali Mychal Moultry, 4, ditembak dua kali di bahagian kepala ketika berada di luar rumahnya di kawasan Woodlawn di South Side pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik ABC News.
Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Superintendan Polis Chicago, David Brown berkata polis menawarkan ganjaran US$9,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.
Mangsa yang cedera itu berumur antara 12 hingga 18 tahun.
-- BERNAMA