Seorang cedera dalam nahas pesawat di Texas

Isabelle Leong
April 24, 2020 11:03 MYT
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menjalankan penyiasatan bagi mengetahui punca kemalangan tersebut. (Foto AP)
SEBUAH pesawat enjin tunggal Pilatus PC-12 terhempas berhampiran Lapangan Terbang Mesquite Metro, Texas, Amerika Syarikat, pada pukul 3:35 petang Khamis waktu tempatan.
Menurut pegawai Dallas County dan penerbangan, pesawat enjin tunggal itu terhempas di sebuah padang berdekatan persimpangan jalan Lawson dan Scyene.
Memetik laporan media tempatan, jurucakap Pejabat Sheriff Dallas County, Raul Reyna berkata, seorang lelaki cedera dalam nahas pesawat tersebut dan telah dihantar ke hospital berdekatan.
Mangsa dikatakan dalam keadaan stabil.
Reyna juga berkata, lelaki berkenaan merupakan satu-satunya penumpang dalam pesawat itu.
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Lynn Lunsford berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth tidak lama sebelum terhempas.
“Juruterbang melaporkan kehilangan kuasa enjin kepada pengawal lalu lintas udara sebelum pesawat itu terhempas,” kata Lunsford.
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menjalankan penyiasatan bagi mengetahui punca kemalangan tersebut.
#Amerika Syarikat #Dallas County #FAA #Lapangan Terbang Mesquite Metro #penerbangan #Pentadbiran Penerbangan Persekutuan #penumpang #pesawat #terhempas #Texas
;