Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne

Agensi
September 16, 2024 18:40 MYT
Jurucakap polis memaklumkan setakat ini tiada petunjuk mengenai motif serangan pengganas susulan insiden berkenaan. -Gambar hiasan/Unsplash
COLOGNE: Polis Jerman sedang menyiasat satu letupan yang berlaku di bandar Cologne, Jerman pada awal pagi Isnin waktu tempatan.

Ringkasan AI
  • Polis Jerman sedang menyiasat letupan di Cologne yang berlaku awal pagi Isnin.
  • Seorang awam cedera ringan dan dibawa ke hospital.
  • Letupan menyebabkan kerosakan harta komersial di Hohenzollernring.

Memetik laporan Reuters, jurucakap polis memaklumkan setakat ini tiada petunjuk mengenai motif serangan pengganas susulan insiden berkenaan.
Jurucakap itu menambah bahawa seorang orang awam mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital terdekat.
Letupan itu juga, katanya, telah mengakibatkan kerosakan bangunan komersial di jalan raya Hohenzollernring.
Dia bagaimanapun enggan mengesahkan kaitan dengan siri letupan di negeri North-Rhine Westphalia dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.
Namun, menurutnya, semua kemungkinan sedang disiasat.
#Letupan Jerman #serangan letupan #Cologne #Hohenzollernring #pengganas
;