Sengsara di Hospital Eropah Gaza masih tiada kesudahan - Dr Tom Potokar

Agensi
November 14, 2023 17:17 MYT
Pihak Israel mendakwa Hamas menggunakan pesakit sebagai 'perisai'. Namun begitu, dakwaan itu dinafikan pihak Hamas.- Twitter @ICRC
GAZA: Ketua pakar bedah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Dr Tom Potokar berkata, kesengsaraan di Hospital Eropah di Gaza dilaporkan masih tiada kesudahan.
Memetik Reuters, Dr Potokar berkata, pasukannya di hospital hanya mempunyai masa untuk melihat separuh daripada pesakit.
Dalam pada itu, kereta kebal Israel dilaporkan berada di luar Hospital Al Shifa di Bandar Gaza yang didakwa Israel terletak di atas terowong yang menempatkan ibu pejabat pejuang Hamas.
Ini kerana pihak Israel mendakwa Hamas menggunakan pesakit sebagai 'perisai'. Namun begitu, dakwaan itu dinafikan pihak Hamas.
Presiden AS Joe Biden pada Isnin menggesa hospital di Semenanjung Gaza terus dilindungi, sambil menambah bahawa tindakan "kurang mengganggu" oleh tentera Israel.
Ini susulan tindakan kereta kebal Israel mara ke pintu utama hospital wilayah yang dikepung itu.
#Joe Biden #Hamas #Gaza #Hospital Eropah
;