Senat AS sahkan Chris Wright sebagai Setiausaha Tenaga
Bernama
Februari 4, 2025 17:02 MYT
Februari 4, 2025 17:02 MYT
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat pada malam Isnin mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Energy, Chris Wright sebagai Setiausaha Jabatan Tenaga yang baharu, lapor Xinhua.
Dewan tertinggi itu meluluskan pencalonan dengan undian 59-38.
Wright aktif menyokong dasar-dasar yang menggalakkan industri bahan api fosil dan keselamatan tenaga, serta pernah mempersoalkan kaitan antara perubahan iklim dan kejadian cuaca ekstrem.
Dengan Parti Republikan memperoleh majoriti dalam Senat serta pelantikan presiden yang biasanya memerlukan hanya majoriti mudah sebanyak 51 undi untuk pengesahan, Presiden Donald Trump menghadapi sedikit halangan dalam meluluskan pemilihan Kabinetnya.
-- BERNAMA