Senat Perancis terima pakai teks pembaharuan pencen
Bernama
Mac 12, 2023 12:10 MYT
Mac 12, 2023 12:10 MYT
MOSCOW: Senat Perancis telah pun menerima pakai teks pembaharuan pencen, kata Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne.
"Selepas 100 jam perbahasan, Senat menerima pakai teks reformasi pencen. Satu langkah untuk membawa pembaharuan yang akan memastikan masa depan pencen kita...," kata Borne di Twitter lewat hari Sabtu.
Pembaharuan yang mencetuskan kontroversi dan bantahan itu, diluluskan pada petang Sabtu dengan 195 undi menyokong dan 112 undi membantah, lapor Sputnik memetik BFMTV.
Rang Undang-Undang (RUU) itu kemudian akan dibawa kepada jawatankuasa parlimen bersama (CMP) yang dianggotai Ahli Parlimen daripada dua dewan yang akan mengundi secara berasingan.
Pada Januari, perdana menteri melancarkan draf pembaharuan pencen dan merancang untuk ia diterima pakai pada 2023.
Di bawah pembaharuan itu, pihak berkuasa berhasrat untuk meningkatkan umur persaraan secara beransur-ansur, 1 Sept. Menjelang 2030, umur persaraan akan mencecah 64 tahun.
Lebih 368,000 rakyat berhimpun di seluruh Perancis pada Sabtu sebagai protes terhadap pembaharuan pencen itu. Pada Selasa, lebih sejuta rakyat mengadakan demonstrasi di seluruh negara.
-- BERNAMA