Senat AS lulus RUU siling hutang untuk ditandatangani Biden menjadi undang-undang

Bernama
Jun 2, 2023 13:16 MYT
Senat mengundi 63-36 untuk meluluskan undang-undang itu. -Reuters
NEW YORK: Senat Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang (RUU) siling hutang pada lewat Khamis yang mengelak berlakunya buat pertama kali kegagalan pembayaran hutang negara sebelum tarikh akhir 5 Jun.
Senat mengundi 63-36 untuk meluluskan undang-undang itu, lapor Agensi Anadolu.
RUU itu yang memansuhkan had siling AS$31.4 trilion pinjaman kerajaan persekutuan hingga Januari 2025, kini boleh diserahkan kepada Presiden Joe Biden untuk ditandatangani menjadi undang-undang.
Hutang AS mencapai hadnya pada bulan Januari namun Jabatan Perbendaharaan telah mengambil langkah untuk memastikan negara itu dapat terus membayar bilnya.
-- BERNAMA
#RUU siling hutang #Joe Biden #kegagalan pembayaran hutang negara #mansuh had siling AS 31 4 trilion
;