AS senarai hitam beberapa lagi entiti komersial, kementerian di Myanmar

Bernama
Mac 5, 2021 13:39 MYT
Penunjuk perasaan menyokong tindakan PBB dan AS terhadap tentera Myanmar semasa mengadakan demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar, 16 Februari 2021. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyenaraihitamkan Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan dua entiti komersial Myanmar.
Jabatan itu turut mengumumkan langkah-langkah kawalan eksport yang lebih ketat terhadap Myanmar, lapor Agensi Berita Xinhua.
AS bulan lalu menyekat beberapa pemimpin tentera dan menyenarai hitam tiga entiti yang berkaitan dengan tentera atau pasukan keselamatan Myanmar.
Tentera mengisytiharkan perintah darurat selama setahun di Myanmar setelah menahan Presiden U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, bersama pegawai kanan lain dari Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) pada 1 Februari.
Ia mendakwa terdapat penipuan undi dalam pilihan raya umum November 2020 di negara itu, yang menyaksikan NLD memenangi majoriti kerusi di kedua-dua dewan parlimen.
Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya Myanmar menafikan tuduhan itu.
-- BERNAMA
#Aung San Suu Kyi #Myanmar #AS #Amerika Syarikat #senarai hitam #perintah darurat #pilihan raya umum #penipuan undi #NLD
;