Semua pihak perlu konsisten sokong tamatkan penjajahan Israel terhadap Palestin - ABIM
Kenyataan Media
Oktober 8, 2023 18:14 MYT
Oktober 8, 2023 18:14 MYT
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut agar pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak oleh rejim Israel harus segera ditamatkan.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz juga menggesa masyarakat di seluruh dunia agar konsisten mendukung perjuangan rakyat Palestin yang mendambakan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.
“ABIM menegaskan pertembungan baru-baru ini adalah susulan kezaliman dan penjajahan berterusan Rejim Zionis ke atas rakyat Palestin,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati batas kemanusiaan khususnya dalam memelihara rakyat awam yang terdiri dari wanita, kanak-kanak, dan orang tua di wilayah bergolak berkenaan.
Bagi menamatkan pergolakan ini, ABIM menegaskan seluruh pihak khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) harus bertindak segera menghentikan penjajahan zionis Israel ke atas wilayah Palestin.