Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Bernama
Februari 17, 2023 04:20 MYT
Februari 17, 2023 04:20 MYT
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia, lapor dpa.
Menurut dpa resolusi itu tidak menggariskan cadangan khusus untuk penyelesaian damai terhadap konflik itu namun menekankan pendirian yang telah dinyatakan oleh 193 negara anggota Perhimpunan Agung termasuk menyokong integriti wilayah Ukraine selain meminta Rusia mengundurkan tenteranya.
Sesi Perhimpunan Agung PBB bermula pada Rabu yang dijangka dihadiri sebilangan besar menteri-menteri luar.
Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari.
-- BERNAMA