Sempadan Lubnan-Israel kini dalam ‘bahaya’ - PBB

Agensi
Disember 18, 2023 07:45 MYT
Gambar fail menunjukkan sekumpulan anggota pertahanan Hizbullah mengawal keselamatan di Aaramta, Lubnan pada May 2023. - Gambar REUTERS
KETIKA peperangan di Palestin masih belum berkesudahan, sempadan Lubnan dengan Israel pula berada dalam keadaan berbahaya ekoran siri berbalas tembakan antara tentera Israel dengan pasukan pejuang Hizbullah.
Amaran itu dikeluarkan Ketua Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sana.
“Keadaan sekarang seperti yang semua orang tahu - ia sangat tegang. Ia sukar… berbahaya,” kata Aroldo Lazaro, Ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan.
"Kami cuba meneruskan peranan penghubung dan penyelarasan kami... untuk mengelakkan kesilapan pengiraan, salah tafsir yang boleh menjadi satu lagi pencetus peningkatan," kata Lazaro kepada wartawan.
Lebih 130 orang telah terbunuh dalam permusuhan di pihak Lubnan sementara di pihak Israel pula, empat orang awam dan tujuh tentera menjadi korban. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #sempadan Lubnan-Israel #Hizbullah #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
;