'Semoga engkau meminum api dari neraka...' - Doa wanita kehilangan suami, anak

Syria Care
Februari 1, 2019 14:30 MYT
Kepada mereka yang bertanggungjawab melancarkan serangan bom yang telah meragut nyawa insan yang disayangi, wanita itu menyampaikan mesej ini. - Foto Astro Syria Care
Dicium gambar suami dan anak-anaknya satu persatu sambil memberitahu kesemua mereka telah terbunuh.
Dalam susun kata yang teratur, wanita ini redha menerima apa yang berlaku.
Namun, kepada mereka yang bertanggungjawab melancarkan serangan bom yang telah meragut nyawa insan yang disayangi, dia menyampaikan mesej ini.
"Aku memohon kepada Allah supaya juruterbang yang bertanggungjawab mengebom ditimpa azab paling teruk. Semoga engkau meminum api dari neraka yang tidak pernah menghilangkan rasa dahaga engkau," kata wanita ini yang kehilangan anggota keluarga dalam Perang Syria.
#anak #Bashar al-Assad #bom #dibom #dibunuh #meragut nyawa #neraka #perang syria #serangan #Syria #wanita
;