Seludup ular sawa dalam seluar, lelaki berdepan hukuman penjara 20 tahun
Agensi
Oktober 7, 2022 18:07 MYT
Oktober 7, 2022 18:07 MYT
ALBANY: Tindakan seorang lelaki dari New York City cuba menyeludup tiga ekor ular sawa spesies Burma dalam seluar ketika melintasi sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada, bakal berdepan perbicaraan.
Lelaki yang dikenali sebagai Calvin Bautista, 36, itu didakwa atas kesalahan menyeludup ular yang diletakkan dalam seluarnya sewaktu menggunakan pengangkutan bas di New York pada 15 Julai 2018, lapor AP.
Menurut maklumat dari pejabat guaman AS, Carla B. Freedman, lelaki berusia 36 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Bandar Albany atas tuduhan menyeludup namun telah dilepas tanpa bebas sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Sementara itu, arahan untuk mendapatkan maklum balas dari peguam Bautista telah dikeluarkan.
Jika disabitkan kesalahan, pendakwa raya memaklumkan jika disabitkan kesalahan, Bautista berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda setinggi AS$250,000.
Hal berkaitan import ular sawa Burma dikawal ketat dalam perjanjian antarabangsa dan tersenarai dalam peraturan negara sebagai haiwan yang memudaratkan manusia.
Ular sawa Burma merupakan salah satu spesies ular terbesar di dunia serta dianggap sebagai spesies haiwan terancam di Asia dan Florida.