Seludup manusia: 17 orang ditahan terlibat jenayah terancang di Serbia
Astro Awani
Disember 20, 2017 04:37 MYT
Disember 20, 2017 04:37 MYT
POLIS Serbia dan Croatia menahan 17 orang yang didakwa menyeludup puluhan pendatang di seluruh kawasan sempadan kedua-dua negara ke Croatia, menurut Kesatuan Eropah (EU)
Dalam satu kenyataan, polis Serbia memaklumkan, 13 orang ditahan di Serbia, manakala empat yang lain ditangkap di Croatia, dalam sebuah operasi bersama selama sebulan.
Kenyataan itu juga berkata, kumpulan jenayah terancang itu telah memindahkan 82 pendatang dari Afghanistan, Iran dan Iraq, dengan mengenakan caj 1,500 euro atau AS$1,780.
Terdapat kira-kira 4,500 pendatang dari Serbia berhijrah ke negara-negara Eropah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Ramai juga yang terjebak dalam penyeludupan manusia yang membawa mereka ke negara jiran Serbia, iaitu Croatia dan Hungary.
Ia memperlihatkan ratusan pendatang terdedah kepada cuaca sejuk melampau.