Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Agensi
Mei 2, 2023 17:37 MYT
Mei 2, 2023 17:37 MYT
PARIS: Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire dilaporkan menimbulkan kemarahan orang ramai selepas menyelitkan babak seks di dalam novel penulisan terbaharunya berjudul Fugue Americaine (American Fugue).
Memetik AFP, novel kontroversi hasil penulisan Le Maire dilancarkan ketika gelombang protes ribuat rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar penjimatan Perancis akibat kemelesetan ekonomi.
Namun begitu, beliau berpendapat novel itu bersifat "keseimbangan peribadi."
Dalam pada itu, bantahan itu juga menyebabkan indeks penilaian Perancis jatuh daripada AA kepada AA- berdasarkan agensi penilaian, Fitch selepas beberapa jam Le Maire melancarkan novel kelimanya.
Salah satu halaman novel itu mengundang kemarahan orang ramai sehingga membidas menteri yang merupakan penulisnya.
Halaman itu menceritakan tentang salah seorang protagonis, Oskar Wertheimer yang melakukan aksi seksual dengan seorang wanita bernama Julia semasa lawatan ke Cuba.
Sementara itu, ramai mempersoal pengurusan kepentingan menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa dan kemarahan ramai kerana melancarkan novel.