Selesema burung H7N9 di China ragut 61 nyawa pada Februari
Agensi
Mac 13, 2017 10:10 MYT
Mac 13, 2017 10:10 MYT
China melaporkan 61 kematian dan 160 kes jangkitan manusia dari selesema burung H7N9 pada Februari.
Pemerintah China pada Isnin berkata, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya dan menjadikan jumlah kematian wabak musim sejuk ini kepada 161 sejak Oktober.
Walaupun jumlah pada Februari adalah lebih rendah daripada bulan Januari iaitu 79, namun ia adalah jumlah tertinggi bagi Februari keseluruhan sejak kitaran jangkitan maut ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 2013.
Angka kematian akibat jangkitan selesema burung dijangka berkurangan menjelang akhir musim sejuk.